Showing posts with label ~HiSToRiCaL~. Show all posts
Showing posts with label ~HiSToRiCaL~. Show all posts

Sunday, 25 March 2012

Senjata Melayu Diperlekehkan Sekian Lama, Hakikatnya....



Seringkali bila kita diperingatkan atau menonton filem Melayu mengenai kejatuhan Empayar Islam Melaka di tangan orang Portugis, kemudian Belanda, kemudian Inggeris, kita digambarkan bahawa pahlawan-pahlawan Melayu kita berjihad mempertahankan Tanah Melayu ini dengan hanya menggunakan keris, pedang, tombak dan panah. Sedangkan orang Eropah menggunakan senapang, pistol dan meriam.

Hakikatnya Empayar Islam Melaka mempunyai meriam yang jauh lebih canggih daripada tentera Portugis, Belanda dan Inggeris. Dan Melayu di zaman Empayar Islam Melaka maju bukan kerana mereka menggunakan Bahasa Inggeris dan tulisan rumi, tapi mereka boleh maju walaupun dengan Bahasa Melayu dan tulisan Jawi. Sekali lagi Melayu telah diperlekehkan bahawa Melayu ini mundur, tidak mempunyai ilmu untuk membuat persenjataan canggih, pernah dulu Melayu diperlekehkan hendak buat paku pun tak tahu.

Berikut adalah sedikit fakta sejarah yang membuktikan orang Melayu di zaman Empayar Islam Melaka jauh lebih hebat daripada orang Eropah.





Lebih kurang seabad selepas senjata api dicipta oleh orang Arab, orang Melayu mula membuat senjata api. Bukti kegiatan ini telah didokumenkan oleh W Linehan dalam penulisan beliau bertajuk Beberapa Pertemuan Di Tembeling. Di tebing Sungai Tembeling di Semenanjung Malaysia, dia telah menjumpai beberapa acuan untuk membuat meriam pada abad ke 13 dan 14.

Menurut penakluk Melaka, Alfonso d'Albuquerque, pembuatan senjata api orang-orang Melaka adalah setanding dengan orang Jerman. Ini bermakna ianya lebih baik dari orang Portugis, tetapi senjata yang terbaik ketika itu adalah dari kerajaan Uthmaniah Turki. Apabila Portugis mengalahkan Melaka, mereka menjumpai beribu-ribu meriam termasuk satu meriam yang begitu besar yang Alfonso telah menghantar ke sekutunya di India iaitu Zamorin dari Calicut.





Meriam-meriam yang dihasilkan oleh kesultanan Melayu terdiri dari pelbagai mutu. Yang paling kuat dibuat oleh sultan yang kaya. Meriam-meriam orang Melayu yang terbaik dengan mudah dapat menghancurkan kapal-kapal perang Eropah ; antaranya Syarikat Belanda India Timur hilang kapal perangnya apabila mereka menyerang Makassar pada tahun 1667 dan satu lagi pada abad ke 18 apabila mereka menyerang orang Bugis di Bintan.

Meriam-meriam yang dihasilkan oleh orang Makassar adalah dari kualiti yang tinggi yang diminta sebagai ganti rugi oleh orang Belanda (walaupun orang Belanda yang memulakan peperangan).

Kerajaan Melayu Siam juga telah membuat meriam-meriam yang terbaik di Pattani. Dalam tahun 1571 mereka telah menyiapkan dua meriam yang berukuran 22 kaki dan 7 inci. Meriam-meriam ini amat berjasa dalam mempertahankan Pattani daripada beberapa serangan Siam selama lebih dua ratus tahun. Pattani akhirnya tewas di tangan Siam pada tahun 1786 dan meriam-meriam besar Pattani telah dibawa ke Bangkok. Salah satu meriam, Seri Negeri jatuh ke dalam laut ketika hendak dibawa manakala satu lagi Seri Patani dipamerkan di Kementerian Pertahanan Thailand.

Tuesday, 31 January 2012

Genius Islam - Ibnu Sina


Semoga biografi ringkas Ibnu Sina ini boleh meningkatkan motivasi kita-kita semua dalam menuntut ilmu dan mengamalkannya dalam kehidupan kita


 Nama penuh beliau ialah Abu Ali al Husain ibn Abdullah ibn Sina dan lebih dikenali di masyarakat Eropah dengan sebutan “Avicenna”. Nama panggilan lain beliau selain Ibnu Sina adalah Abu Ali. Beliau adalah salah seorang genius yang mahir dalam pelbagai cabang ilmu. Beliaulah orang yang membuat ensiklopedia terkemuka dan pakar dalam bidang agama, perubatan, falsafah, logik, matematik, astronomi dan muzik. Selain itu beliau juga seorang pustakawan dan pakar psikiatri yang handal.
Ibnu sina dilahirkan di Afsyinah, sebuah kampung yang terletak berhampiran Bukhara (Republik Uzbekistan) tahun 370 H / 980 M. Ayah Ibnu Sina adalah seorang gabenor Samanite yang ditugaskan di Bukhara. Beliau berasal dari Balakh kemudian berpindah ke Bukhara pada zaman pemerintahan Al-Amir Nuh bin Mansur dan tinggal di perkampungan kecil di Bukhara yang bernama Khirmitan. Namun akhirnya beliau menetap di Afsyanah kerana berhampiran dengan tempat kerjanya. Sejak kecil beliau telah memperlihatkan kepintarannya yang cemerlang dan kemajuan yang luar biasa dalam menerima pendidikan. Ibnu Sina kecil yang tangkas mula belajar al-Quran pada usia 5 tahun. Sejak usia lima tahun itu Ibnu Sina telah mendapatkan pendidikan al-Quran dan sastera dari ayahnya. Pada usia sepuluh tahun ia sudah hafal al-Quran, menguasai ilmu sastera, tasawuf, dan geometri. Belum genap usia 16 tahun, Ibnu Sina sudah menguasai ilmu perubatan. Semasa itulah dia bermula merawat pesakit. Segala kerja kerasnya selama ini berhasil. Ketekunannya dalam mempelajari pelbagai disiplin ilmu menjadikannya pakar dalam berbagai ilmu.
Kemudian nama Ibnu Sina mula dikenali ramai orang. Bahkan di negeri jiran pun, beliau menjadi bahan perbualan.Ramai orang dari negeri jiran datang berjumpa beliau untuk berbincang. Berduyun-duyun penduduk dari berbagai negeri datang untuk berguru dan berubat pada beliau. Ibnu Sina tak pernah berhenti belajar demi mengembangkan keilmuannya. Walaupun selalunya dia tertidur kelelahan. Di usia 17 tahun, di tengah usahanya untuk menyembuhkan penyakit baginda Nabi Nuh bin Mansur, ia terus mengembangkan ilmunya. Sebagai penghargaan raja atas jasanya yang berjaya menyembuhkan raja. Baginda meminta Ibnu Sina menetap di istana, sekurang-kurangnya untuk sementara semasa raja dalam proses penyembuhan. Tapi Ibnu Sina menolaknya dengan halus, sebagai gantinya ia hanya meminta izin untuk mengunjungi sebuah perpustakaan kerajaan yang kuno dan antik. Siapa sangka, dari sanalah ilmunya yang luas ditambah lagi semangat belajarnya yang tinggi. Ia tidak pernah melewatkan waktu sedikitpun untuk bermalas-malasan. Beberapa karyapun telah dilahirkan. Selama 1,5 tahun Ibnu Sina jarang tidur, penuh dengan berbagai ilmu dan analisa. Semangat belajarnya kuat sekali. Ibnu Sina selalu memikirkan ilmu yang sedang dipelajarinya sampai ia memahaminya. Ibnu Sina tidak hanya belajar teori tetapi juga mempraktikkannya. Pengalaman ilmunya terhadap apa yang dipelajari semakin luar biasa.
Ibnu Sina tak pernah berhenti belajar. Ilmunya semakin matang dan mendalam. Pada usia 21 tahun, Ibnu Sina berjaya membuat buku pertamanya, Al-Majmu ‘ketika berada di Khawarazm yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Beliau menyelesaikannya berdasarkan semua disiplin ilmu yang dipelajarinya. Ketika terjadi kekacauan di Kerajaan As-Samani, Ibnu Sina mula melakukan pengembaraan. Beliau keluar dari Bukhara menuju Karkang. Dari situ beliau berpindah ke Jarjan dan Khurasan. Namun demikian, pada akhirnya Ibnu Sina meninggalkan kedua-dua negara tersebut menuju ke Dahastan. Setelah itu, Ibnu Sina kembali ke Jarjan dan bertemu dengan Juzjani. Di Jarjan, Ibnu Sina menjadi menteri sebanyak dua kali. Meski demikian, beliau tidak pernah berhenti menulis, mengajar, dan mengarang. Malam hari, beliau mengajar dan pagi hari beliau bertolak ke pejabat Kementerian tempat beliau tugaskan. Buku yang ditulis Ibnu Sina lebih kurang 250 judul, termasuk kitab, esei, dan artikel dalam bidang matematik, mantik, akhlak, fizik, perubatan dan falsafah.
“>Ibnu Sina
Buku-buku yang pernah dikarang oleh Ibnu Sina, dihimpun dalam buku besar Essai de Bibliographie Avicenna yang ditulis oleh Pater Dominician di Kaherah. Karya-karya beliau semasa hidupnya antara lain:
1. Kitab Al Majmu ‘, tentang ilmu pengetahuan yang lengkap ditulis saat beliau berusia 21 tahun.
2. Kitab Asy-Syifa, (The Books of Recovery / The Books of Remedy), tentang cara-cara rawatan beserta ubatnya (18 jilid). Kitab ini di dunia perubatan menjadi ensiklopedia falsafah perubatan. Dalam bahasa latin kitab ini dikenali dengan nama “Sanatio”.
3. Kitab Al Qanun Fit Thibb (Canon of Medicine). tentang cara rawatan yang sistematik (16 jilid). Memuatkan kenyataan yang tegas bahawa darah mengalir terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti. Buku ini sejak zaman Dinasti Han di China telah menjadi rujukan standard karya-karya perubatan cina.
Photobucket
Bab Mata dalam buku Qanun at thib.
4. Kitab Remedies for the Heart, mengandungi sajak-sajak. Mengandung sajak-sajak perubatan yang menghuraikan tentang 760 jenis penyakit beserta cara pengubatannya.
5. Kitab An Najah, tentang falsafah.
6. Penemuan tentang anatomi tubuh. Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat unsur itu memberi sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung pada unsur lain yang terdapat pada alam ini.
7. Penemuan tentang rawatan psikomosaik. Beliau mengembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengetahui secara pasti keseimbangan emosi seseorang dalam beberapa saat.
8. Penemuan di bidang kimia tentang logam. Beliu menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain secara khusus. Setiap logam membentuk dengan sendirinya dengan pelbagai jenis. Beliau dianggap penerus dari perkembangan ilmu kimia yang telah dirintis oleh Jabir Ibnu Hayyan (Bapa Kimia Muslim Pertama).
9. Penemuan di bidang geografi tentang asal usul lembah.
10. Penemuan tentang peredaran darah. Beliau mendapati bahawa “Darah mengalir terus menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti.”
11. Kitab Fi Aqsamil Ulumil Aqliya (On the Division of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.Kitab An Nayat (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa (merupakan sebuah buku psikologi.
12. Kitab Risalah As Siyasah (Book of Politics) tentang politik.
13. Penemuan di bidang bahan perubatan.
14. Penemuan dalam bidang psikoterapi.
15. Kitab Al Musiqa, tentang muzik.
16. Kitab Al Mantiq, tentang logik. Buku ini dipersembahkan untuk Abu Hasan Sahil.
17. Kitab Uyun Al Hikmah (10 jilid) tentang falsafah. Ensiklopedio Britanica menyebutkan bahawa kemungkinan besar buku ini telah hilang.
18. Kitab Al Hikmah El Masyriqiyyin, tentang falsafah timur.
19. Kitab Al Insyaf tentang keadilan sejati.
20. Kitab Al Isyarat Wat Tanbihat, tentang prinsip ketuhanan dan sembahyang.
21. Kitab Al Isaguji (The Isagoge), tentang logik
22. Kitab Fi Ad Din (Liber de Mineralibus) tentang mineral.
23. Kitab Al Qasidah Al Aniyyah, tentang prosa.
24. Kitab Sadidiya, tentang perubatan.
25. Kitab Risalah At Thayr, tentang karangan roman.
26. Kitab Danesh Nameh, tentang falsafah.
27. Kitb Mujir. Kabir Wa Saghir, tentang dasar-dasar ilmu logik secara lengkap.
28. Salama wa Absal, Hayy ibn Yaqzan, al-Ghurfatul Gharabiyyah (Pengasingan di Barat) dan Risalatul Thayr (Risalah Burung).
Ibnu Sina
Karya Ibnu Sina Berupa Kitab Al Qanun Fit Thibb (Canon of Medicine) telah digunakan sebagai buku teks perubatan di pelbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Perubatan Montpellier dan Louvin yang telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke-17 M. Sementara itu, Prof. Phillip K. Hitti telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Perubatan”. Buku ini telah membincangkan serta membahas tentang penyakit saraf. Arahan tersebut juga membahas cara-cara pembedahan yang menekankan tentang keperluan pembersihan luka. Bahkan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan dengan lebih jelas disamping gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.
Penulis-penulis barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai “Bapa Perubatan” kerana beliau telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hipocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri, Ibnu Sina meninggal pada tahun 1073, semasa kembali ke kota yang disukainya Hamadhan. Walau beliau sudah meninggal, namun berbagai ilmunya sangat berguna dan digunakan untuk penyembuhan berbagai penyakit yang kini diderita umat manusia.
Beliau sudah tiada, tapi akan selalu menemani kita. Sekarang, kita harus meneruskan setiap karyanya. Jangan sampai kita hanya boleh bernostalgia dengan membaca sejarah beliau. Ikrarkan dalam hati bahawa “Kita boleh seperti beliau, beliau boleh begitu juga kita”. Jangan kita hanya kagum sahaja tapi kita tidak mahu menggali ilmu yang beliau tinggalkan. Sebab ilmu yang beliau tinggalkan tidak kita pergunakan dan kembangkan dengan baik. Malah, orang barat yang mengembangkannya. Sudah masanya kita bangkit dan kita capai kegemilangan islam dengan ilmu pengetahuan serta iman dan taqwa.

sumber: isuhangat.net

Tuesday, 22 November 2011

Serba Sedikit Tentang Bahtera Nabi Nuh

Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey........ tersembunyi sebuah misteri 'berharga' yang berusia lebih 5000 tahun........

Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar sama.......

Sedang orang2 Islam dudk berpeluh tubuh,langsung tak ambil tahu tentang The Great Noah Ark itu,pihak2 CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu.

Gambar2 itu telah menjadi 'rahsia besar~top secret' dan disimpan rapi dgn kawalan yg ketat bersama dgn 'rahsia2' penting yg lain di Pentagon.

Sudah beratus2 org cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl > yg bermaksud
'Gunung Kesengsaraan'atau dgn nama petanya iaitu Mount Ararat....
Namun,hanya beberapa2 kerat saja yg berjaya.Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.

Sahingga ke hari ini, Cuma ada beberapa orang pendaki shj yg berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg 'mahaberharga' itu.Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.

Apa yg masih menjadi tanda tanya,kesemua orang2 yg berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai2 bencana.Ada diantara mereka telah dibunuh dgn penuh misteri.Hanya semata2 kerana gambar tersebut.

Memang ramai org yg telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu telah mati misteri....

Soalnya sekarang,mengapakah 'kuasa2 besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat2 rahsia tentera..??

Mengapa..??

Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan 'Noah' benar2 ada di puncak Mt .Ararat itu..??Pada masa yg sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark...??

Memang tak salah kalau korang tak caya..[aku sendiri pun pada mulanya..] kalau dikatakan The Great Noah Ark memang benar2 berada di puncak Mt.Ararat itu.Maklumlah kita semua nih,dikawal oleh media milik 'Yahudi'.

By the way~ Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum ijumpai,kerana selama itu orang menafikannya..

Samalah The Great Noah Ark tu pun.Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun...dan selama 5000 thn itu jugalah isteri itu sedang menunggu masa utk dibongkar...!!!

Sebnornya,zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yg kita emua bayangkan.

Hakikatnya pada zaman itu they all dah maju ke depan.Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa tuh.

Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun,Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri
elektrik purba yg digunakan utk menyadurkan logam.[..hari ini kita menggunakan karban & zink,bateri purba menggunakan tembaga
dan besi..namun begitu ianya tetap boleh berfungsi dgn baik..]

Ishh,kalau nak diikutkan ketererran orang2 zaman dulu,Huihh...banyak, Contohnya orang2 Minoan di Crete Island meninggalkan kesan pembinaan tokong yg menunjukkan betapa majunya keupayaan arkitek mereka.Mereka menggunakan batu susunan dalaman dan sistem pengudaraan hawadingin semula jadi.

Baru2 ning di China,seorang mumia permpuan yg telah ditanam 2,100 dijumpai dengan badannya tidak jejas apa2.Apabila di x-ray,Saintist terperanjat dan ada yg garu kepala..mana tidaknya,makanan terakhir di dalam ususnya pun masih
lagi tidak musnah.Sekarang punya teknologi pun tak boley nak 'awet' barang sampai acam nih...Ye,lah kita nak eksport manggis ke US pun pikir 7/8 kali.

Orang2 Mayan mampu mengira tahun solar dengan tepat iaitu 365.2420 hari lebih tepat sebanyak 2/10.000 sehari...[..Ye lah,zaman dulu toksah duk kata calendar malah
jam loceng tempurung pun tadak orang jual...!! ]

Baiklah,mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer.Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C ...

Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenornya langsung tak sama dgn bentuk kapal laut hak duk ada ari nih..!!..kalau korang nak tau rupa bentuk "Noah Ark" sebenornya ialah 'sebijik acam > kotak kasut...!!!'

Mengikut para pendaki yg pernah melihat "Noah Ark" di puncak Mt.Ararat itu ..Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat.

"Noah Ark" itu diperbuat drp spesis kayu purba yg memang sudah tidak ujud lagi di dunia nih.Ia diselaputi syelek,bebentuk 'kotak kasut'..tidak cantik, tapi sangat berfungsi.

Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit.Utk pgthuan korang > cubit
itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dgn jari yg digunakan olh orang2 zaman dahulu.Aku rasa...kalau diambil 18 inchi bagi 1 cubit,bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi.
[...agak2 aku laa...korang tryla congak sendiri balik..he,he.. ]

Ada juga Para Pengkaji berpendapat,"Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola.Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi..[ KTM kut..?]

Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

Hari nih terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.Mengikut kajian Dr.Whitcomb,dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu.Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

Dan saintist tak tahu berapa tan berat binatang yg berada kat dalam bahtera. Tapi,ini semua kiraan anggaran sahaja.
Kalau The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat ,dimanakah gamaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar...???

Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini,bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak,Iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq.

Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey..ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu...[..aku 'agak' je..he,he..Alaa,korang semakla peta sama...]

By the way,sesetengah dari peninggalan sejarah itu telah dijumpai.Sebuah 'anchor' purba yg besar telah ditemui di Khairouan,Tunissia.Menurut pengkaji.. sauh tulah yg digunakan olh 'Noah Ark' time nak landing kat puncak Mt.Ararat.

Sebuah 'batu nisan' yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria.Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang...!! Pheww..!! [...gamaknya org zaman purba dahulu takdela size 'kecik2' acam kita hari nih kut..?]
Wallahuallam.

Pada tahun 1917,Maharaja Russia > Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera/saintis/tentera.. ect dlm mencari dan menyelidik The Great Noah Ark itu.

Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' itu.

Dalam keadaan tergaman,kagum mereka mengambil gambar sebanyak yg boleh. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu adalah berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi..[..bahagian selebihnya tenggelam didalam salji..]

Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar,malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda... Perang Bolshevik Komunist - 1917 meletus.Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky.. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan.

Berikut adalah catatan seorang Pendaki dan Pengkaji "Noah Ark" di Mount Ararat. Banyak sungguh halangan utk mencari The Great Noah Ark.Saya dah daki banyak gunung lain di dunia dan saya dah daki Ararat nih sebanyak 13 kali sebelum berjaya. Saya cuma nak bagi tahu...."Mt.Ararat nih memang sebuah gunung yg meragut nyawa".

Kalau dari sebelah selatan,Mt.Ararat ini adalah seperti kon air batu,dari sebelah berlawanannya pula terdapat sebuah lurah yg dipanggil "Lurah Ahora",terdapat dinding2 batu yg curam.Bahagian yg curam itu sememangnya sukar utk didaki.

Mt.Ararat ialah sebuah gunung berapi yg telah meletus beberapa kali semenjak peristiwa 'banjir besar Noah" itu dulu.Puncaknya ditutupi dgn air batu seluas 17 batu persegi glasiar dan penutupan ke bawah ke paras 14,000 kaki.Semasa glasiar itu bergerak turun,ia juga membawa sama bekas kepingan lahar gunung
berapi dan terjadinya batu runtuh. Memanjat dari arah air batu yg meluncur itu memng susah.Bermacam2 masalah akan timbul.Tanah runtuh,cuaca ganas,anjing srigala liar,beruang gunung beserta
ular2 berbisa sering datang m'ganggu.

Ini adalah gambar-gambar yang berkaitan










HITLER??????

Terbace pulak di Internet tadi..... pendapat?????





Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si ***** ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...



Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...






Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sumber-sumber lain