Tuesday, 31 January 2012

Genius Islam - Ibnu Sina


Semoga biografi ringkas Ibnu Sina ini boleh meningkatkan motivasi kita-kita semua dalam menuntut ilmu dan mengamalkannya dalam kehidupan kita


 Nama penuh beliau ialah Abu Ali al Husain ibn Abdullah ibn Sina dan lebih dikenali di masyarakat Eropah dengan sebutan “Avicenna”. Nama panggilan lain beliau selain Ibnu Sina adalah Abu Ali. Beliau adalah salah seorang genius yang mahir dalam pelbagai cabang ilmu. Beliaulah orang yang membuat ensiklopedia terkemuka dan pakar dalam bidang agama, perubatan, falsafah, logik, matematik, astronomi dan muzik. Selain itu beliau juga seorang pustakawan dan pakar psikiatri yang handal.
Ibnu sina dilahirkan di Afsyinah, sebuah kampung yang terletak berhampiran Bukhara (Republik Uzbekistan) tahun 370 H / 980 M. Ayah Ibnu Sina adalah seorang gabenor Samanite yang ditugaskan di Bukhara. Beliau berasal dari Balakh kemudian berpindah ke Bukhara pada zaman pemerintahan Al-Amir Nuh bin Mansur dan tinggal di perkampungan kecil di Bukhara yang bernama Khirmitan. Namun akhirnya beliau menetap di Afsyanah kerana berhampiran dengan tempat kerjanya. Sejak kecil beliau telah memperlihatkan kepintarannya yang cemerlang dan kemajuan yang luar biasa dalam menerima pendidikan. Ibnu Sina kecil yang tangkas mula belajar al-Quran pada usia 5 tahun. Sejak usia lima tahun itu Ibnu Sina telah mendapatkan pendidikan al-Quran dan sastera dari ayahnya. Pada usia sepuluh tahun ia sudah hafal al-Quran, menguasai ilmu sastera, tasawuf, dan geometri. Belum genap usia 16 tahun, Ibnu Sina sudah menguasai ilmu perubatan. Semasa itulah dia bermula merawat pesakit. Segala kerja kerasnya selama ini berhasil. Ketekunannya dalam mempelajari pelbagai disiplin ilmu menjadikannya pakar dalam berbagai ilmu.
Kemudian nama Ibnu Sina mula dikenali ramai orang. Bahkan di negeri jiran pun, beliau menjadi bahan perbualan.Ramai orang dari negeri jiran datang berjumpa beliau untuk berbincang. Berduyun-duyun penduduk dari berbagai negeri datang untuk berguru dan berubat pada beliau. Ibnu Sina tak pernah berhenti belajar demi mengembangkan keilmuannya. Walaupun selalunya dia tertidur kelelahan. Di usia 17 tahun, di tengah usahanya untuk menyembuhkan penyakit baginda Nabi Nuh bin Mansur, ia terus mengembangkan ilmunya. Sebagai penghargaan raja atas jasanya yang berjaya menyembuhkan raja. Baginda meminta Ibnu Sina menetap di istana, sekurang-kurangnya untuk sementara semasa raja dalam proses penyembuhan. Tapi Ibnu Sina menolaknya dengan halus, sebagai gantinya ia hanya meminta izin untuk mengunjungi sebuah perpustakaan kerajaan yang kuno dan antik. Siapa sangka, dari sanalah ilmunya yang luas ditambah lagi semangat belajarnya yang tinggi. Ia tidak pernah melewatkan waktu sedikitpun untuk bermalas-malasan. Beberapa karyapun telah dilahirkan. Selama 1,5 tahun Ibnu Sina jarang tidur, penuh dengan berbagai ilmu dan analisa. Semangat belajarnya kuat sekali. Ibnu Sina selalu memikirkan ilmu yang sedang dipelajarinya sampai ia memahaminya. Ibnu Sina tidak hanya belajar teori tetapi juga mempraktikkannya. Pengalaman ilmunya terhadap apa yang dipelajari semakin luar biasa.
Ibnu Sina tak pernah berhenti belajar. Ilmunya semakin matang dan mendalam. Pada usia 21 tahun, Ibnu Sina berjaya membuat buku pertamanya, Al-Majmu ‘ketika berada di Khawarazm yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Beliau menyelesaikannya berdasarkan semua disiplin ilmu yang dipelajarinya. Ketika terjadi kekacauan di Kerajaan As-Samani, Ibnu Sina mula melakukan pengembaraan. Beliau keluar dari Bukhara menuju Karkang. Dari situ beliau berpindah ke Jarjan dan Khurasan. Namun demikian, pada akhirnya Ibnu Sina meninggalkan kedua-dua negara tersebut menuju ke Dahastan. Setelah itu, Ibnu Sina kembali ke Jarjan dan bertemu dengan Juzjani. Di Jarjan, Ibnu Sina menjadi menteri sebanyak dua kali. Meski demikian, beliau tidak pernah berhenti menulis, mengajar, dan mengarang. Malam hari, beliau mengajar dan pagi hari beliau bertolak ke pejabat Kementerian tempat beliau tugaskan. Buku yang ditulis Ibnu Sina lebih kurang 250 judul, termasuk kitab, esei, dan artikel dalam bidang matematik, mantik, akhlak, fizik, perubatan dan falsafah.
“>Ibnu Sina
Buku-buku yang pernah dikarang oleh Ibnu Sina, dihimpun dalam buku besar Essai de Bibliographie Avicenna yang ditulis oleh Pater Dominician di Kaherah. Karya-karya beliau semasa hidupnya antara lain:
1. Kitab Al Majmu ‘, tentang ilmu pengetahuan yang lengkap ditulis saat beliau berusia 21 tahun.
2. Kitab Asy-Syifa, (The Books of Recovery / The Books of Remedy), tentang cara-cara rawatan beserta ubatnya (18 jilid). Kitab ini di dunia perubatan menjadi ensiklopedia falsafah perubatan. Dalam bahasa latin kitab ini dikenali dengan nama “Sanatio”.
3. Kitab Al Qanun Fit Thibb (Canon of Medicine). tentang cara rawatan yang sistematik (16 jilid). Memuatkan kenyataan yang tegas bahawa darah mengalir terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti. Buku ini sejak zaman Dinasti Han di China telah menjadi rujukan standard karya-karya perubatan cina.
Photobucket
Bab Mata dalam buku Qanun at thib.
4. Kitab Remedies for the Heart, mengandungi sajak-sajak. Mengandung sajak-sajak perubatan yang menghuraikan tentang 760 jenis penyakit beserta cara pengubatannya.
5. Kitab An Najah, tentang falsafah.
6. Penemuan tentang anatomi tubuh. Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat unsur itu memberi sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung pada unsur lain yang terdapat pada alam ini.
7. Penemuan tentang rawatan psikomosaik. Beliau mengembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengetahui secara pasti keseimbangan emosi seseorang dalam beberapa saat.
8. Penemuan di bidang kimia tentang logam. Beliu menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain secara khusus. Setiap logam membentuk dengan sendirinya dengan pelbagai jenis. Beliau dianggap penerus dari perkembangan ilmu kimia yang telah dirintis oleh Jabir Ibnu Hayyan (Bapa Kimia Muslim Pertama).
9. Penemuan di bidang geografi tentang asal usul lembah.
10. Penemuan tentang peredaran darah. Beliau mendapati bahawa “Darah mengalir terus menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti.”
11. Kitab Fi Aqsamil Ulumil Aqliya (On the Division of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.Kitab An Nayat (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa (merupakan sebuah buku psikologi.
12. Kitab Risalah As Siyasah (Book of Politics) tentang politik.
13. Penemuan di bidang bahan perubatan.
14. Penemuan dalam bidang psikoterapi.
15. Kitab Al Musiqa, tentang muzik.
16. Kitab Al Mantiq, tentang logik. Buku ini dipersembahkan untuk Abu Hasan Sahil.
17. Kitab Uyun Al Hikmah (10 jilid) tentang falsafah. Ensiklopedio Britanica menyebutkan bahawa kemungkinan besar buku ini telah hilang.
18. Kitab Al Hikmah El Masyriqiyyin, tentang falsafah timur.
19. Kitab Al Insyaf tentang keadilan sejati.
20. Kitab Al Isyarat Wat Tanbihat, tentang prinsip ketuhanan dan sembahyang.
21. Kitab Al Isaguji (The Isagoge), tentang logik
22. Kitab Fi Ad Din (Liber de Mineralibus) tentang mineral.
23. Kitab Al Qasidah Al Aniyyah, tentang prosa.
24. Kitab Sadidiya, tentang perubatan.
25. Kitab Risalah At Thayr, tentang karangan roman.
26. Kitab Danesh Nameh, tentang falsafah.
27. Kitb Mujir. Kabir Wa Saghir, tentang dasar-dasar ilmu logik secara lengkap.
28. Salama wa Absal, Hayy ibn Yaqzan, al-Ghurfatul Gharabiyyah (Pengasingan di Barat) dan Risalatul Thayr (Risalah Burung).
Ibnu Sina
Karya Ibnu Sina Berupa Kitab Al Qanun Fit Thibb (Canon of Medicine) telah digunakan sebagai buku teks perubatan di pelbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Perubatan Montpellier dan Louvin yang telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke-17 M. Sementara itu, Prof. Phillip K. Hitti telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Perubatan”. Buku ini telah membincangkan serta membahas tentang penyakit saraf. Arahan tersebut juga membahas cara-cara pembedahan yang menekankan tentang keperluan pembersihan luka. Bahkan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan dengan lebih jelas disamping gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.
Penulis-penulis barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai “Bapa Perubatan” kerana beliau telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hipocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri, Ibnu Sina meninggal pada tahun 1073, semasa kembali ke kota yang disukainya Hamadhan. Walau beliau sudah meninggal, namun berbagai ilmunya sangat berguna dan digunakan untuk penyembuhan berbagai penyakit yang kini diderita umat manusia.
Beliau sudah tiada, tapi akan selalu menemani kita. Sekarang, kita harus meneruskan setiap karyanya. Jangan sampai kita hanya boleh bernostalgia dengan membaca sejarah beliau. Ikrarkan dalam hati bahawa “Kita boleh seperti beliau, beliau boleh begitu juga kita”. Jangan kita hanya kagum sahaja tapi kita tidak mahu menggali ilmu yang beliau tinggalkan. Sebab ilmu yang beliau tinggalkan tidak kita pergunakan dan kembangkan dengan baik. Malah, orang barat yang mengembangkannya. Sudah masanya kita bangkit dan kita capai kegemilangan islam dengan ilmu pengetahuan serta iman dan taqwa.

sumber: isuhangat.net

Lori Telur Terbalik.


Dulu ada teka-teki berbunyi begini, pemandu apa yang paling cermat? jawapannya ialah lori bawa telur kerana kalau lori ini kemalangan habis semua telur pecah.

Beginilah rupanya apabila lori telur terbalik di China
Chinese Mess on the Road

Chinese Mess on the Road
Chinese Mess on the Road
Chinese Mess on the Road

sumber: isuhangat.net

Saturday, 28 January 2012

Mug USB.



Walau pun zaman sudah berubah kepada gigi biru (bluetooth) serta wireless (WiFi), usb masih digunakan kerana ianya boleh disambungkan kepada banyak gadget. Sebab tu kadangkala USB disambung kepada port tambahan.


Kini anda boleh mengadap laptop anda sambil minum kopi  yang sentiasa panas sambil melayari internet dengan menyambungkannya mug anda kepada pemanas yang menggunakan USB yang disambungkan ke laptop anda.



Canggih tak?? huhuhu...


Itulah kecanggihan teknologi, Laptop yang pada asalnya untuk membuat kerja, sekarang boleh digunakan  untuk memanaskan air pula.





P/S:  Nak carik kuali USB plak pas ni... boleh masak sambil layan Internet... hihihi

Makhluk Yang Selalu Memeningkan.


(hiasan)

Jika kita kata dia cantik, dikatakan cuba menggoda,
Jika kita kata dia tak berapa nak cantik, di sangka menghina
Bila kita kata dia lemah dia protes,
Bila kita kata dia perkasa dia menangis
Mahu hak sama rata, tapi apabila disuruh berdiri dalam komuter dia masam
(Sambil membebel dalam hati, apa la mamat ni tak gentleman langsung,takde perasaan)

Mahu hak sama rata , disuruh angkat beras, macam nak nangis
(Sambil membebel dalam hati,apa punya laki…kita yang kena angkat beras)
Mahu hak sama rata , tapi bila suruh kerja berat, macam nak pengsan
(Sambil membebel dalam hati,ada ker dia suruh potong rumput , habis la tangan I.)
Bila kesalahannya diingatkankan, mukanya merah …
Bila di marah mukanya merah,
Bila di sanjung mukanya merah,
Jika marah mukanya merah,
Jika ketawa suka mukanya merah
Ek eleh semua sama ? Pening!!
Di tanya ya atau tidak, jawabnya: diam
Ditanya tidak atau ya, jawabnya: diam
Ditanya ya atau ya, jawabnya: diam
Ditanya tidak atau tidak, jawabnya: diam
Bila kita diam dia pula marah ! Pening!!
Apa bila kita kata banyak mulut tersinggung,
Tapi kalau kita kata peramah suka pula … padahal sama saja maksudnya
Apa bila kita kata gemuk tak suka padahal maksud kita baguslah sihat..
Apa bila kita kata kurus suka padahal maksud kita “kenapa you menderita begini !!!!”
Itulah WANITA, makin kita pening makin dia suka …


p/s: kepada pihak wanita, jangan marah ye, saje nak seloroh2.....

sumber:isuhangat.net

Al-KisaHNyA Si Anak Unta.




Seekor unta kecil bertanya kpd ibunya, “Ibu kenapa tapak kakiku besar & hanya terdiri dari tiga jari?”
Ibu unta menjawab, “Kita kan unta, kaki seperti itu bagus utk merentasi gurun agar kaki tidak tenggelam dalam pasir.”
“Lagi kenapa bulu mataku panjang?” tanya anak unta lagi.
“Jika kita berjalan di gurun, pasir-pasir selalu beterbangan. Bulu mata yg panjang akan melindungi matamu dari dimasuki pasir,” jawab ibunya.

“Di belakang aku ada bonggol. Itu utk apa?” tanya anak unta lagi.
“Itu utk menyimpan air. Jadi kalau kita berjalan melintasi gurun yg susah nak cari air, kita boleh bertahan walaupun tidak minum berhari-hari,” jawab ibunya dengan sabar.
Setelah sekian lama terdiam, anak unta berkata lagi, “Jadi kita punya tapak kaki lebar, bulu mata panjang & bonggol di belakang adalah utk hidup di gurun…”
“Benar sayang,” jawab induknya.
“So, naper kita ada dalam Zoo Johor ni…?”

Si Ibu unta pon blah tanpa menghiraukan anaknye lagi....

Saturday, 21 January 2012

Rendahnya Kereta Ini!!

Kereta berjenama Fiat Flat Out ini, merupakan kereta yang telah diiktiraf sebagai kereta yang terendah didunia. Dengan ketinggian 40cm dan jarak 6cm dari permukaan tanah, kereta ini mempunyai saiz hanya sebesar sebuah mesin rumput.










Ni kalau bagi kat aku ni..... mmg aku cilok kat tol sungai besi tu.... hahaha



Gambar dari : www.isuhangat.net

Friday, 20 January 2012

Penerbangan Termewah.


Penah dengar atau tengok logo "Fly Emirates". Kalau peminat fanatik pasukan Arsenal da kompem tau nyer kan.. hahaha.. tapi ni bukan nak citer pasal Arsenal ni.. ni nak citer disebalik name "Emirates" tu..

Syarikat Emirates adalah sebuah syarikat penerbangan yang besar di Dubai. Syarikat ini juga mempunyai sebahagian besar saham untuk pasukan Arsenal, malah stadium Arsenal juga menggunakan nama syarikat ini. 
Hanya ada beberapa buah kapal terbang di Emirates ini dikhaskan untuk mereka yang ada “poket tebal” dan mereka rela mengeluarkan puluhan ribu dollar untuk menikmati fasiliti mewah di dalam kapal terbang ini. 
Emirates ini adalah hak milik kerajaan Dubai yang didirikan pada Mei 1985. Layan gambar-gambar kapal terbang mewah ini di bawah.



Sebelum naik pesawat disambut oleh deretan pramugari .. 

Dekat tangga pun disambut jugak, macam Perdana Menteri lak rasenye..

Kemewahan ditempat duduk.. Eksklusif woo..

Takyah susah-susah bawak laptop.. kat sini da macam CyberCafe da..

Ni passenger sit ke tempat tidor ni??..

Macam mini-bar jer..

Privacy yang dijamin sama sekali..

Ini rupenye bilik tidor.. hu hu hu..

Macam arcade game pon ader... ihihihi

Jempot minum sumer..

Toilet pon boleh tido ni..

Daripada pemandangan aku.... golongan eksekutif pon tak ramai yang mampu nak naik penerbangan diorang ni.... aku ni apatah kan lagi...... hihihi... dapat tengok gambar je jadi la....

sumber: http://www.isuhangat.net/

The Green Tunnel Yang Awesome!


Jumpe plak mase tengah surfing2 tadi.... terus je ati aku tertawan.... tengok dari gambar je aku da tau kedamaian kat situ akan membawa ke ati..... kalau la aku dapat tengok dengan mate aku sendiri.... perghhh.... anyway... untuk tatapan korang sume okay.....
Strange World
Strange World
Strange World
Strange World
Strange World
Strange World

Ini kalau aku ade awek ni.... bawak plak pegi tempat gini.... kompem cukup bulan terus nikah ni.... hahahaha.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sumber-sumber lain