Monday, 6 February 2012

Timun Owh Timun!!




Masih ramai lagi yang tidak mengetahui apakah khasiat sebenar timun. Timun merupakan sayuran yang kaya dengan khasiat antaranya ia boleh menjadi penawar kepada masalah kulit, ulser dan sebagainya.





Ketahui Apakah Khasiat Ajaib Sayur Timun (Menarik!) |Timun sememangnya mempunyai pelbagai khasiat. Ia tergolong dalam kumpulan yang sama dengan labu. Luaran timun berwarna hijau agak gelap, manakala sebaik dihiris, isi putih kehijauan terserlah. Terdapat dua jenis timun iaitu yang boleh dibuat acar dan untuk dihiris. Timun yang digunakan untuk dibuat acar kebiasaannya bersaiz lebih kecil.
Timun diketahui kaya dengan bahan yang boleh menyejukkan. Malah ketika cuaca panas, sayuran itu amat bermanfaat untuk membantu melegakan mata yang tertekan akibat panas terik. Selain itu, timun juga menawarkan pelbagai manfaat lain yang berguna untuk menusia.
Nutrisi Timun
Nilai nutrisi bagi setiap 100 gram timun yang belum dikupas :
* Karbohidrat – 3.63 gm
* Gula – 1.67 gm
* Serat – 0.5 gm
* Lemak – 0.11 gm
* Protein – 0.65 gm
* Thiamin (Vitamin B1) – 0.027 mg
* Riboflavin (Vitamin B2) – 0.033 mg
* Niacin (Vitamin B3) – 0.098 mg
* Asid Pantotenik Acid (Vitamin B5) – 0.259 mg
* Vitamin B6 – 0.040 mg
* Folat (Vitamin B9) – 7 μg
* Vitamin C – 2.8 mg
* Kalsium – 16 mg
* Besi – 0.28 mg
* Magnesium – 13 mg
* Fosforus – 24 mg
* Potasium – 147 mg
* Zink – 0.20 mg

Pelbagai Kegunaan
# Timun yang disapu ke wajah boleh mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit.
# Bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat dalam timun menjadikan sayuran tersebut baik untuk kulit.
# Timun yang segar boleh memberi kelegaan kepada masalah ulser, gastritis dan pedih ulu hati.
# Hirisan timun mampu mengurangkan bengkak pada mata.
# Pengambilan timun setiap hari membantu mengawal ekzema, artritis dan juga gout.
# Timun juga bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah pada paru-paru, perut dan dada.
# Potasium di dalam timun menjadikannya sangat berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah.
# Timun mengandungi erepsin – enzim yang membantu menghadamkan protein.
# Jus timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut, terutamanya jika ditambah jus lobak merah, kobis dan bayam. Campuran jus timun dan lobak mereka juga bagus untuk masalah reumatik disebabkan lebihan asid urik dalam badan.
# Kaya dengan mineral, timun boleh membantu menghalang masalah kuku.
P/S: Ada juga timun yang rasanya pahit, jika anda suka minuman jus. Kami cadangkan anda membuat jus timun. Caranya mudah sahaja, buangkan kulit timun, hiris kecil-kecil dan masukkan dalam blender. Kemudian hasil timun yang sudah dikisar, masukkan sedikit air masak dan masukkan gula sedikit. Cubalah rasa, ia sangat sedap!

sumber:melayukini.net

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sumber-sumber lain