Showing posts with label ~KeSiHaTaN~. Show all posts
Showing posts with label ~KeSiHaTaN~. Show all posts

Monday, 6 February 2012

Timun Owh Timun!!




Masih ramai lagi yang tidak mengetahui apakah khasiat sebenar timun. Timun merupakan sayuran yang kaya dengan khasiat antaranya ia boleh menjadi penawar kepada masalah kulit, ulser dan sebagainya.





Ketahui Apakah Khasiat Ajaib Sayur Timun (Menarik!) |Timun sememangnya mempunyai pelbagai khasiat. Ia tergolong dalam kumpulan yang sama dengan labu. Luaran timun berwarna hijau agak gelap, manakala sebaik dihiris, isi putih kehijauan terserlah. Terdapat dua jenis timun iaitu yang boleh dibuat acar dan untuk dihiris. Timun yang digunakan untuk dibuat acar kebiasaannya bersaiz lebih kecil.
Timun diketahui kaya dengan bahan yang boleh menyejukkan. Malah ketika cuaca panas, sayuran itu amat bermanfaat untuk membantu melegakan mata yang tertekan akibat panas terik. Selain itu, timun juga menawarkan pelbagai manfaat lain yang berguna untuk menusia.
Nutrisi Timun
Nilai nutrisi bagi setiap 100 gram timun yang belum dikupas :
* Karbohidrat – 3.63 gm
* Gula – 1.67 gm
* Serat – 0.5 gm
* Lemak – 0.11 gm
* Protein – 0.65 gm
* Thiamin (Vitamin B1) – 0.027 mg
* Riboflavin (Vitamin B2) – 0.033 mg
* Niacin (Vitamin B3) – 0.098 mg
* Asid Pantotenik Acid (Vitamin B5) – 0.259 mg
* Vitamin B6 – 0.040 mg
* Folat (Vitamin B9) – 7 μg
* Vitamin C – 2.8 mg
* Kalsium – 16 mg
* Besi – 0.28 mg
* Magnesium – 13 mg
* Fosforus – 24 mg
* Potasium – 147 mg
* Zink – 0.20 mg

Pelbagai Kegunaan
# Timun yang disapu ke wajah boleh mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit.
# Bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat dalam timun menjadikan sayuran tersebut baik untuk kulit.
# Timun yang segar boleh memberi kelegaan kepada masalah ulser, gastritis dan pedih ulu hati.
# Hirisan timun mampu mengurangkan bengkak pada mata.
# Pengambilan timun setiap hari membantu mengawal ekzema, artritis dan juga gout.
# Timun juga bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah pada paru-paru, perut dan dada.
# Potasium di dalam timun menjadikannya sangat berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah.
# Timun mengandungi erepsin – enzim yang membantu menghadamkan protein.
# Jus timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut, terutamanya jika ditambah jus lobak merah, kobis dan bayam. Campuran jus timun dan lobak mereka juga bagus untuk masalah reumatik disebabkan lebihan asid urik dalam badan.
# Kaya dengan mineral, timun boleh membantu menghalang masalah kuku.
P/S: Ada juga timun yang rasanya pahit, jika anda suka minuman jus. Kami cadangkan anda membuat jus timun. Caranya mudah sahaja, buangkan kulit timun, hiris kecil-kecil dan masukkan dalam blender. Kemudian hasil timun yang sudah dikisar, masukkan sedikit air masak dan masukkan gula sedikit. Cubalah rasa, ia sangat sedap!

sumber:melayukini.net

Friday, 3 February 2012

Sedikit Info Tentang Jantung.


1. Jantung kita hanyalah sebesar sekepal tangan kita
Photobucket
Meskipun jantung kita cuma sebesar kepalan tangan kita, tetapi jantung merupakan bagian tubuh yang paling aktif dan tidak pernah berhenti bekerja sekalipun kita tertidur. Kalau jantung berhenti berdenyut, berakhirlah hidup kita. Jantung tidak pernah penat dan bekerja selama kita hidup.

Jantung berfungsi secara automatik. Ia tidak seperti sebahagian besar organ badan kita yang dapat dikendalikan menurut kehendak kita.
2. Jantung bukan hanya satu pam
Photobucket
Jantung terdiri dari dua pengepam yang berdampingan. Pam sebelah kiri mengeluarkan darah ke seluruh tubuh dan membawa oksigen serta zat makanan untuk disebarkan ke seluruh sel kita. Setelah sampai di bahagian tubuh kita paling hujung, darah kembali ke pam sebelah kanan dan di hantar ke paru-paru untuk mengumpulkan oksigen yang lebih banyak. Kemudian, darah kembali ke pam sebelah kiri dan di pam keluar dari jantung. Demikianlah proses ini terus berulang.
3. Volume Pengepam satu hari
Photobucket
Ini contoh tangki 15,000 liter . Volume sebanyak ini yang tiap hari dipam dan diputar jantung kita . Dalam satu hari, jantung bekerja mengepam darah sebanyak 15,000 liter.
4. Panjang saluran darah
Saiz aorta hampir bersamaan saiz hos air yang biasa digunakan dan saiz kapilari pula 10 kali ganda lebih kecil daripada sehelai rambut. Jika disambung semua saluran darah ini, panjang sistem ini hampir 100,000 kilometer atau bersamaan jarak mengelilingi dunia lebih dua kali!
4. Denyutannya jantung
Jantung kita berdenyut dengan kecepatan yang berbeza-beza, bergantung apa yang sedang dilakukan tubuh. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak. Sebab itu, jantung berdenyut lebih cepat, 120 kali atau lebih seminit. Ketika sedang berehat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60 hingga 80 kali semenit.
Semasa seseorang ketakutan atau stres, jantung berdenyut lebih cepat dari biasanya. Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetik sebanyak 3 billion kali tanpa berhenti. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia?
5. Tekanan pam jantung
Jantung berupaya menghasilkan tekanan yang boleh memancutkan darah sejauh 10 meter setiap kali ia mengecut. Walaupun ketika seseorang itu berehat, otot jantung bekerja dua kali ganda lebih keras daripada otot kaki seorang yang berlari pecut.
Jantung adalah anugerah Allah yang sangat luar biasa, sekarang, tugas kita adalah menjaganya dengan baik agar jantung kita mampu berfungsi dengan baik dan normal selama mungkin.

sumber:isuhangat.net

Saturday, 17 December 2011

Sedikit Info Tentang Gigi




Mungkin ramai yang terkeliru dengan maksud rawatan pencucian gigi. Ada yang ingat jika gigi mereka kuning, selepas dicuci gigi akan menjadi putih. Sebenarnya tidak. Rawatan pencucian gigi adalah bertujuan untuk membuang karang-karang gigi, plak-plak yang melekat pada permukaan gigi dan juga boleh membuang stain (tanda kotor) pada gigi disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan sebagainya. Gigi yang semulajadinya sudah kuning tidak boleh diputihkan dengan cara ini. Kekerapan rawatan pencucian gigi ini bergantung pada individu, ada yang perlu membuatnya setiap bulan (selalunya org yang kuat merokok sehingga banyak stain pada gigi), 3 bulan sekali ( mereka yang mempunyai masalah tulang dan gusi ), 6 bulan sekali ( kebiasaan orang) dan juga setahun sekali ( mereka yang pandai menjaga gigi dan gigi bebas dari masalah).


Ada yang berpendapat yang pencucian gigi dengan kerap akan menyebabkan gigi menjadi terhakis atau nipis. Sebenarnya tanggapan ini tidak tepat. Mata pencuci gigi itu tidaklah tajam. Ianya membuang karang gigi dengan cara getaran. Jadi selalunya semasa mencuci gigi itu gigi akan terasa ngilu ( banyak air yang dikeluarkan oleh mata pencuci ) dan kerana getaran pada permukaan gigi terutamanya kepada permukaan akar gigi yang telah terdedah akibat penurunan gusi. Jika gigi anda sihat, gusi sihat, maka proses pembersihan gigi tidaklah sakit. Kebanyakkan karang gigi suka berkumpul di leher gigi dan juga di celah gusi, jadi semasa proses pembuangan itu anda akan berasa tidak selesa kerana hujung mata pencuci gigi itu terasa seperti menyucuk gusi anda. Sekiranya anda kerap datang untuk mencuci gigi, maka karang gigi akan kurang terbentuk dan tidak susah untuk membuangnya, jadi proses pencucian gigi akan menjadi selesa.


Kebanyakkan orang takut untuk membuat rawatan pencucian gigi ini kerana meraka takut sakit.Sekiranya anda tidak tahan ngilu, anda boleh meminta agar doktor membius atau pun menyapu ubat utk menghilangkan rasa ngilu ( tetapi tak semua klinik ada ubat sapu utk menghilangkan rasa ngilu). Jika tidak mahu dicucuk atau ubat sapu, anda boleh meminta agak doktor itu berhenti sekiranya anda tidak tahan, jangan diam sahaja kerana doktor tidak akan berhenti jika pesakit tidak menyuruhnya berhenti.


Anda juga tidak perlu takut sekiranya gusi anda berdarah2 dan 
nampak seperti luka selepas pencucian gigi. Anda juga akan berasa satu kelainan sekiranya anda sentuh permukaan belakang gigi dengan lidah, kadang kala terasa seperti berlubang2. Semua ini adalah normal. Karang gigi akan menyebabkan gusi senang berdarah. Sebab itu semasa menberus gigi, gusi anda berdarah dan kalau gusi yang sudah dijangiti kuman dengan teruk, gusi akan berdarah walaupun tidak disentuh. Penyakit ini dipanggil gingivitis. Ia boleh diubati dengan cara pemberusan gigi dengan betul dan juga rawatan pencucian gigi. Semasa banyak karang melekat pada bahagian belakang gigi bawah, anda akan terasa licin sahaja di kawasan itu. Sebab itulah bila karang sudah dibuang, anda akan merasa keluk2 gigi dan terasa seperti gigi berlubang. Jadi janganlah takut ye..semua itu normal sahaja. Kadangkala gigi akan terasa lebih bergoyang lagi selepas pencucian. BUkan disebabkan doktor itu atau mata pencuci tetapi sebab karang gigi yang terlampau banyak di belakang gigi menyebabkan ia kurang bergoyang. BIla susah dibersihkan terasa lebih bergoyang pula gigi2 tersebut. 


Dengan pencucian gigi yang kerap ( selalunya 6 bulan sekali) , pembersihan gigi yang betul di rumah, insyaallah gigi anda akan bebas dari masalah dan tahan sampai bila2. Di harap anda tidak takut untuk datang ke klinik untuk mencuci gigi selepas ini.

Risiko Berdengkur




BERDENGKUR sering dianggap tabiat melucukan dan terlalu lazim dalam kalangan masyarakat, namun tahukah berdengkur sebenarnya gambaran awal seseorang itu bukan saja berhadapan masalah dengan pasangan dan kualiti kehidupan tetapi juga masalah kesihatan yang serius.
Tabiat berdengkur berlaku apabila seseorang mengeluarkan bunyi bising semasa bernafas sewaktu tidur. Ia disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat di bahagian hidung atau kerongkong, menyebabkan getaran lelangit lembut dan otot kerongkong yang menghasilkan bunyi. Terminologi perubatan untuk masalah ini disebut ‘steator’.


Masalah ini biasanya dikesan menerusi diagnosis pakar perubatan dari segi sejarah pesakit atau pasangan tidur yang kerap mempunyai masalah untuk lelap akibat terganggu. 


Pesakit berdengkur juga boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan. Paling membahayakan sekiranya pesakit senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik. 


Menurut Pakar Bedah Otorinolaringologi Hospital Columbia Asia, Bukit Rimau, Dr Mazita Ami, punca berdengkur disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat sewaktu tidur terutama sewaktu tidur nyenyak dan ia boleh dipengaruhi pengambilan alkohol atau ubat-ubatan sebelum tidur. 


“Saluran pernafasan tersumbat boleh berlaku pada bahagian hidung atau kerongkong atau kedua-duanya sekali. Oleh itu kehadiran tisu tonsil atau adenoid yang besar, polip hidung, tulang hidung yang bengkok dan pesakit yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher pendek dan besar akan meningkatkan risiko masalah berdengkur,” katanya. 
Masalah berdengkur boleh dikaitkan dengan masalah tidur serius dikenali ‘sleep apnea’. Ia berlaku apabila pesakit berhenti bernafas lebih daripada 10 saat sewaktu tidur (apnea). Apnea pula boleh berlaku berulang kali sewaktu tidur dan menyebabkan pengurangan kandungan oksigen dalam darah pesakit. 


Jelasnya, ‘sleep apnea’ yang tidak dirawat boleh membawa masalah darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar, glaukoma dan sebagainya. Kerana itulah juga masalah berdengkur lazimnya dialami pesakit lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun terutama yang mempunyai masalah berat badan berlebihan. 


Adalah penting bagi pesakit mendapat nasihat pakar untuk mengetahui sekiranya mereka mempunyai masalah ‘sleep apnea’. Masalah ini mempunyai beberapa tahap serius mengikut hasil kajian tidur yang dijalankan ke atas pesakit di makmal tidur di hospital atau di rumah pesakit sendiri. 


Menerusi kajian ini, pakar akan dapat mengesan kekerapan ‘apnea’ semasa tidur kerana semakin kerap berlaku ‘apnea’, semakin serius tahap penyakit itu dan kesannya kepada kesihatan pesakit. 


Rawatan untuk masalah berdengkur bergantung kepada punca yang dikenal pasti. Pembedahan boleh dilakukan untuk merawat masalah saluran pernafasan sempit seperti tisu tonsil yang besar, polip hidung dan sebagainya. Sekiranya berkaitan dengan ‘sleep apnea’, rawatan ‘continuous airway pressure’ adalah antara yang berkesan. 


Pesakit yang obes juga dinasihat untuk mengurangkan berat badan. 


Tegasnya, berdengkur bukan masalah lazim yang patut diterima bila umur meningkat. Ia boleh membawa masalah ‘sleep apnea’ yang serius dan memudaratkan kesihatan pesakit. Mereka yang mengalami masalah tidur bersama gejala mengantuk waktu siang, sakit kepala, keletihan dan masalah emosi perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan. 


Info 
Langkah pencegahan dengkur 


Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan. 
Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur. 
Memilih posisi tidur secara mengiring. 
Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari. 
Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sumber-sumber lain